20Januari 2025 – Dr. Fadlan Mohd Othman, Timbalan Dekan Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat menggantikan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang telah dilantik sebagai dekan fakulti pada 2 Januari lepas. Beliau yang merupakan pensyarah kanan di Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah sekaligus mengosongkan jawatan yang disandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Dekan Siswazah berkuat kuasa pada tarikh yang sama.