Program Prasiswazah

Program Pengajian

  • Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin & Falsafah)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab & Tamadun Islam)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah & Kepimpinan)
  •  Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian al-Quran & al-Sunnah)

Syarat Kemasukan

Calon Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM;
dan
Mendapat Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Arab
• Usuluddin/Syariah
dan
• mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
• Syariah
• Usuluddin
• Bahasa Melayu
• Sejarah
• Geografi
• Kesusasteraan Melayu Komunikatif
• Ekonomi
• Pengajian Perniagaan
• Perakaunan
• Information and Communications
Technology (ICT)
• Tahfiz Al-Quran;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab
atau
Mendapat Gred D/E dan mempunyai Sijil Kursus Bahasa Arab atau Sijil Kecekapan Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya band A2 (berdasarkan CEFR –The Common European Framework of Reference for Language) dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf (untuk permohonan melalui Pusat Kembangan Pendidikan UKM sahaja.);
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab;
atau
Mendapat Gred D/E dan mempunyai Sijil Kursus Bahasa Arab; atau Sijil Kecekapan Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya band A2 (berdasarkan CEFR –The Common European Framework of Reference for Language) dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf (untuk permohonan melalui Pusat Kembangan Pendidikan UKM sahaja.);
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);

Calon Lepasan Diploma / Setaraf

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70;
atau
Memiliki Diploma yng berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktifaf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dengan pengalaman kerja selama satu (1) tahun;
dan
Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab
atau
Mendapat Gred D/E dan mempunyai Sijil Kursus Bahasa Arab; atau Sijil Kecekapan Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya band A2 (berdasarkan CEFR –The Common European Framework of Reference for Language) dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf (untuk permohonan melalui Pusat Kembangan Pendidikan UKM sahaja.)
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM;
dan
mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Arab
• Syariah/Usuluddin; dan
• mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
• Usuluddin
• Syariah
• Bahasa Melayu
• Sejarah
• Geografi
• Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
• Ekonomi
• Pengajian Perniagaan
• Perakaunan
• Information and Communications Technology (ICT)
• Tahfiz Al-Quran;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab
atau
Mendapat Gred D/E dan mempunyai Sijil Kursus Bahasa Arab; atau Sijil Kecekapan Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya band A2 (berdasarkan CEFR –The Common European Framework of Reference for Language) dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf (untuk permohonan melalui Pusat Kembangan Pendidikan UKM sahaja.);
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan STAM (BUKAN TAHUN SEMASA)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab
atau
Mendapat Gred D/E dan mempunyai Sijil Kursus Bahasa Arab; atau Sijil Kecekapan Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya band A2 (berdasarkan CEFR –The Common European Framework of Reference for Language) dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf (untuk permohonan melalui Pusat Kembangan Pendidikan UKM sahaja.);
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT-APEL A)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab
atau
Mendapat Gred D/E dan mempunyai Sijil Kursus Bahasa Arab atau Sijil Kecekapan Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya band A2 (berdasarkan CEFR –The Common European Framework of Reference for Language) dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf (untuk permohonan melalui Pusat Kembangan Pendidikan UKM sahaja.);
dan
Sijil perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap 6 MQF;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Bukan Warganegara

  1. 12 tahun pembelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah atas

  2. Sijil Sekolah Menengah Atas seperti Higher Secondary Certificate, Senior Secondary School Graduatian Certificate, Tawjihiya, Ijazah Sekolah Menengah Atas, High School Diploma (sekurang-kurangnya 70% atau 80% atau 85% tertakluk kepada negara)

  3. Gred yang baik bagi mata pelajaran berikut:
    Bahasa Arab
    Dua (2) mata pelajaran Pendidikan Agama Islam

  4. Sekurang-kurangnya MUET Band 2 /IELTS Band 4.0-5.0 /TOEFL Band 31-45 atau peperiksaaan yang setara dengan CEFR Band B1.

  5. Boleh berbahasa Melayu.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi:

Timbalan Dekan (Prasiswazah)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8921 3535
Emel: tdpfpi@ukm.edu.my