BANGI — Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya menganjurkan Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025, yang berlangsung penuh meriah di Dewan Canselor Tun Abdul Razak hari ini, menghimpunkan lebih 4,000 ilmuwan, pemimpin akademik dan pelajar pengajian Islam dari seluruh negara.
Bertemakan “Pengajian Islam dan Peradaban Madani: Integrasi Ilmu dan Tindakan Sosial,” konvensyen berprestij anjuran FPI UKM ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai simbol komitmen nasional terhadap pengukuhan bidang keilmuan Islam dalam kerangka Malaysia MADANI.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, serta kepimpinan tertinggi UKM.
Menurut penganjur, konvensyen ini menjadi landasan penting dalam mengangkat bidang pengajian Islam sebagai pemacu peradaban dan pembangunan sosial negara, bukan sekadar disiplin akademik semata-mata. Ia juga mencerminkan usaha FPI UKM menyatukan warisan turath dengan inovasi teknologi moden dalam merangka hala tuju pendidikan Islam masa depan.
Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan Program SISWA bernilai RM1.08 juta, termasuk pemberian komputer riba kepada 20 pelajar di setiap IPT, bagi meningkatkan akses pendidikan digital dalam kalangan pelajar yang memerlukan. Program ditaja oleh Yayasan Taqwa, MAIWP ini menzahirkan komitmen berterusan memperkasa pendidikan dan menyokong kecemerlangan akademik golongan asnaf.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dr. Mohamad Abd. Razak; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; serta Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM merangkap Pengarah Konvensyen, Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang memainkan peranan utama dalam menjayakan penganjuran bertaraf antarabangsa ini.
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
الإثنين – الخميس
8.00 AM – 1.00 PM | 2.00 PM – 5.00 PM
Jumaat
Friday
الجمعة
8.00 AM – 12.15 PM | 2.45 PM – 5.00 PM
Sabtu – Ahad & Cuti Umum
Saturday – Sunday & Public Holiday
السبت – الأحد والإجازة العامة
TUTUP | CLOSED | مغلق
Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
Pentadbiran | Administration | الإدارة
+603.8921.5353 | kppfpi@ukm.edu.my
Kedekanan | Deanery | العمادة
+603.8921.5351 | dfpi@ukm.edu.my
Prasiswazah | Undergraduate | البكالوريوس
+603.8921.3535 / 5350 / 5297 | tdpfpi@ukm.edu.my
Pascasiswazah | Postgraduate | الدراسات العليا
+603.8921.3524 / 3519 / 3507 | tdsfpi@ukm.edu.my
Bilangan Pelawatsejak 2013