Bertekad menyediakan perkhidmatan yang cemerlang menepati keperluan pihak berkepentingan untuk menjamin kualiti pengurusan pengajian akademik dan perkhidmatan sokongan melalui inisiatif penambahbaikan berterusan bagi memastikan UKM menjadi Pusat Ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.
Objektif Kualiti Pengurusan Pengajian (PdP)
Program pengajian disemak semula sekurang-kurangnya sekali setiap lima (5) tahun sekali. (F/I/P)
Akreditasi penuh atau audit pemantauan program pengajian dijalankan sebelum tarikh luput tempoh akreditasi program berkenaan. (F/I/P)
Tawaran kemasukan kepada pelajar baharu prasiswazah sekurang-kurangnya 85% daripada unjuran yang diluluskan oleh Senat. (Akademik UKM & UKMSHAPE)
Semua program yang ditawarkan memenuhi bilangan minimum pelajar yang ditetapkan. (F/I/P)
Mengendalikan program pengajian selaras dengan perancangan pengajaran Fakulti/Institut/Pusat dengan sekurang-kurangnya 50% kursus memenuhi keperluan pembelajaran teradun. (Pengajaran UKM)
Hasil pembelajaran kursus diukur melalui peperiksaan dan/atau kaedah pentaksiran sumatif yang ditetapkan seperti di dalam proforma kursus. (F/I/P- Prasiswazah/ Siswazah)
Peperiksaan lisan tesis/disertasi diadakan dalam tempoh sebulan selepas laporan pemeriksaan tesis/disertasi diterima. (F/I/P)
Peratusan pelajar yang menamatkan pengajian adalah sekurang-kurangnya: (F/I/P)
15% untuk pelajar pascasiswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan atau sebelum tarikh konvokesyen pelajar.
90% pelajar prasiswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kohort pelajar.
Objektif Kualiti Pengurusan
Sebanyak 90% perolehan pembelian terus (Pesanan Rasmi sehingga RM3,000.00) diuruskan tidak lewat 10 hari bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap.
Sebanyak 90% dokumen bayaran (bekalan/ perkhidmatan/kerja) dikemukakan ke Jabatan bendahari selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
Pembekal yang dilantik 100% dinilai oleh PTj.
Melaksanakan pengurusan aset terbaik melalui pemeriksaan/ pemeriksaan kendiri dengan mendapat sekurang-kurang skor empat (4) bintang.
Mencapai 85% tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Menjalankan pemeriksaan tempat kerja sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan.