FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Berita Semasa
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Bangi – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Fakulti Pengajian Islam (FPI) hari ini memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan dan perkongsian kepakaran berkaitan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kewangan Islam dan syariah di UKM.

Majlis menandatangani LoI itu disempurnakan oleh Dekan FPI, Prof. Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim bersama Pengerusi Elzar Shariah Solutions Sdn. Bhd., Dr Zaharudin Abdul Rahman.

Melalui kerjasama tersebut, FPI akan berperanan sebagai fakulti afiliat dalam usaha memperluas pembangunan teknologi AI yang berkaitan dengan kewangan Islam dan syariah di universiti itu.

Dalam majlis sama, turut berlangsung penyampaian Anugerah JAUHARI@UKM yang melibatkan sumbangan dana zakat berjumlah RM50,000 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Gagasan Nadi Cergas, Dato’ Haji Wan Azman Kamal.

Sumbangan itu akan dimanfaatkan oleh 50 pelajar asnaf FPI daripada lima program pengajian yang dipilih berdasarkan kriteria kelayakan ditetapkan, dengan setiap penerima menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed.