Syarat-syarat Kemasukan

A.  SYARAT AM UNIVERSITI

Calon Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan;
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan;
  • Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Pengajian Am dan;
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Diploma/Setaraf

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan;
  • Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA atau;
  • Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2014 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain atau;
  • Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2014 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Bukan Warganegara

  • 12 tahun pembelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah atas;
  • Sijil Sekolah Menengah Atas seperti Higher Secondary Certificate, Senior Secondary School Graduation Certificate, Tawjihiya, Ijazah Sekolah Menengah Atas, High School Diploma (sekurang-kurangnya 70% atau 80% atau 85% – tertakluk kepada negara);
  • Gred yang baik bagi matapelajaran berikut:
    • Bahasa Arab
    • Dua (2) matapelajaran Pendidikan Agama Islam;
  • Sekurang-kurangnya MUET Band 2 / IELTS Band 4.0 – 5.0 / TOEFL Band 31 – 45 atau peperiksaan yang setara dengan CEFR Band B1; dan
  • Boleh berbahasa Melayu.

B.  SYARAT KHAS PROGRAM

Calon Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Arab
    • Usuluddin/Syariah; dan
    • mana-mana satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
      • Syariah
      • Usuluddin
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Geografi
      • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
      • Ekonomi
      • Pengajian Perniagaan
      • Perakaunan
      • Information and Communications Technology (ICT) dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf bagi mata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Diploma / Setaraf

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat diploma dalam bidang berkaitan/PNGK 2.30 dengan pengalaman kerja selama satu (1) tahun dan;
  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/Gred 6C pada peringkat SPM/setaraf bagi mata pelajaran Bahasa Arab; atau lulus Gred E dan mempunyai sijil Bahasa Arab dari institusi pendidikan yang diiktiraf dan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Calon Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT-APEL A)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus mata pelajaran Sejarah dan;
  • Sijil Perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap 6 MQF dan;