FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Berita Semasa
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

BANGI, 11 November – Dr. Siti Nurunnajwa Shamsudin dari Pusat Kajian Syariah telah dilantik sebagai Penyelaras CITRA, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi tempoh dua tahun bermula 11 November 2026 hingga 10 November 2028.

Pelantikan tersebut diharap dapat memperkukuh penyelarasan kursus Citra di peringkat fakulti, di samping meningkatkan kualiti pelaksanaan pembelajaran teradun serta memperkasakan pengalaman pembelajaran mahasiswa selaras dengan aspirasi pendidikan UKM.

Dekan dan seluruh warga Fakulti Pengajian Islam merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Siti Nurunnajwa atas pelantikan tersebut serta berharap beliau dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan cemerlang demi memastikan kesinambungan kecemerlangan akademik fakulti.

Dalam pada itu, pihak fakulti turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Zulkarnain Mohamed dari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam atas khidmat bakti, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Penyelaras CITRA FPI UKM yang berakhir pada 10 November 2026.

Segala jasa dan sumbangan beliau amat dihargai serta menjadi sebahagian daripada usaha berterusan fakulti dalam memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Fakulti Pengajian Islam berharap pelantikan baharu ini akan membawa kesinambungan kecemerlangan pengurusan akademik serta memperkukuh pelaksanaan kursus CITRA di fakulti.