Bilik Al-Furqan Tajaan Fakulti Pengajian Islam di PTSL

Fakulti Pengajian Islam telah menaja sebuah bilik perbincangan di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Bilik tersebut adalah Bilik Al-Furqan. Al-Furqan, inspirasi daripada nama Al-Quran, penyuluh kebenaran, penyisih kebatilan.

Bilik Al-Furqan terletak di Aras 3, Perpustakaan Tun Seri Lanang dan terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan. Sekiranya memerlukan bantuan dalam penggunaan bilik tersebut, saudara-saudari boleh hubungi 03-89215850 (Unit Jurnal, PTSL).

Al-Furqan