Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2016)

Kolokium ini dianjurkan oleh Urus Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam. Kolokium ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswazah dalam bidang Pengajian Islam membentang kertas kerja berkaitan penyelidikan yang sedang dilakukan, serta mendapat komen dan maklum balas daripada penilai dan penyelidik lain bagi menambahbaikkan lagi penyelidikan mereka. Melalui kolokium ini, siswazah pengajian Islam berpeluang untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam penyelidikan dan inovasi. Di samping itu, mereka juga  berpeluang untuk berkongsi ilmu dan menjalin hubungan strategik dan perkongsian pintar antara siswazah dalam UKM dan luar UKM.

Bagi menghargai kertas kerja yang terbaik, Kolokium ini menyediakan hadiah sebagai penghargaan. Selain itu, kertas kerja yang terbaik ini akan diserahkan kepada sidang editor jurnal untuk dinilai bagi penerbitan dalam bentuk artikel jurnal. Ia diterbitkan samada dalam Jurnal Islamiyyat, International Jurnal of Islamic Thought, Jurnal Al-Hikmah atau Jurnal Pendidikan Islam.

KOLOKIUM