Majlis Penyerahan Data Penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara

PWSFakulti Pengajian Islam akan menlangsungkan Majlis Penyerahan Data Penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara kepada pihak Primeworks Studios Sdn. Bhd. pada jam 11.00 pagi hari Khamis 14 Julai 2016 bertempat di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis ini diadakan bagi melaksanakan penyerahan data penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara secara rasmi kepada pihak Primeworks Studios Sdn. Bhd. sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian yang telah termeterai antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Primeworks Studios Sdn. Bhd. pada Januari 2015 yang lalu.