Panggilan Kertas Kerja: Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam (ICIJ2016)

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan College of Islamic Studies, Prince of Songkla University, Pattani, Thailand akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perundangan Islam pada 29 Oktober 2016 di Krabi Front Bay Resort, Krabi, Thailand. Seminar yang bertemakan ‘Keunggulan Perundangan Islam Sebagai Syariat Rabbani dalam Menghadapi Cabaran Semasa’ mempelawa ahli akademik, para pengkaji dan penyelidik, pengamal undang-undang dan para pelajar siswazah di universiti awam atau swasta untuk menyertai persidangan ini sebagai pembentang atau peserta. Untuk keterangan lanjut berhubung persidangan ini, sila lawati: http://www.ukmsyariah.org

0743449b-3743-4561-9c94-7763894d527c