Panggilan Kertas Kerja: Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan 2016

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM bersama-sama Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT), Institut Islam Hadhari UKM dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Negeri Ambon, Indonesia akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan: Malaysia-Indonesia Ke-IX (SAAP 2016) pada 4-5 Oktober 2016 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Seminar ini juga dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Kajian Akidah dan Ajaran Sesat, Sekretariat Falsafah dan Dialog Keamanan dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).

Seminar yang bertemakan ‘Agama dan Perdamaian’ mempelawa ahli akademik, para pengkaji, penyelidik dan para pelajar siswazah di universiti awam atau swasta atau orang perseorangan untuk menyertai persidangan ini sebagai pembentang atau peserta. Untuk keterangan lanjut sila dapatkan maklumat dalam poster berikut:

SAAP UKM i