TAHNIAH: Penerima Anugerah EU SHARE Scholarship & Hadiah Mobiliti Global Yayasan Canselor

Tahniah kepada saudari Nur Iffah Idris dan saudari Norain Azlan, pelajar Tahun 2 Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM kerana berjaya dianugerahkan EU SHARE Scholarship (European Union Support to Higher Education in the ASEAN Region). Mereka akan mengikuti program pertukaran pelajar selama 1 semester di Universitas Indonesia bermula Ogos 2016.

Tahniah juga kepada saudari Nuramaliya binti Mohamad Rosman dan saudari ‘Awatif ‘Iffah Ismail (pelajar Tahun 1 Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM), saudari Nuramalina Rosman dan saudari Afifah Abdullah (pelajar Tahun 1 Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM) dan saudari Nur Hidayah Israh binti Ismawi (pelajar Tahun 2 Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM) kerana berjaya dianugerahkan Hadiah Mobiliti Global Yayasan Canselor. Mereka akan mengikuti program pertukaran pelajar selama 1 semester di Yarmouk University, Jordan pada semester 1 sesi 2016-2017.

Tahniah juga kepada saudari Nur Fitrah Hanani Mat Arshad, saudari Nurul Farhana bt Hussain, saudari Nur’ Ain Natasha Darus Zaman, saudari Nurdinie Najihah Badrul Hisham, saudari Nur Farah Afrina Amran, saudari Nur Adilla Mohd Yusof, saudari Nasibah Ummu Amarah Asli dan saudara Wan Azman bin Wan Mohammad pelajar Tahun 1 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM kerana berjaya dianugerahkan Hadiah Mobiliti Global Yayasan Canselor. Mereka akan mengikuti program pertukaran pelajar selama 1 semester di Marmara University, Turki pada semester 1 sesi 2016-2017.

JORDAN

TURKEY