FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Berita Semasa
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UKM Tuan Rumah Sambutan Bulan Bahasa Arab

20Januari 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia telah terpilih sebagai lokasi penganjuran program sambutan Bulan Bahasa Arab di Malaysia. Program yang julung-julung kali diadakan secara bersama oleh Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM dan King Salman Global Academy for Arabic Language akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga hari Rabu di Fakulti Pengajian Islam. Program ini telah dirasmikan oleh wakil pertubuhan King Salman Global Academy for Arabic Language di Bilik Senat Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.

–  berita lanjut akan menyusul –