Susur Galur FSSK

1970

Fakulti Sastera

Fakulti Sastera adalah merupakan salah satu daripada 3 buah fakulti terawal yang ditubuhkan di UKM.

Jabatan-jabatan yang wujud pada ketika ini adalah seperti Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu, Jabatan Ekonomi & Perdagangan, Jabatan Sejarah, Jabatan Geografi, Jabatan Antropologi & Sosiologi serta Unit Bahasa-bahasa

1975 & 1976

Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK)

Fakulti Sastera distruktur menjadi Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK). Beberapa jabatan seperti Jabatan Ekonomi & Perdagangan dikembangkan menjadi fakulti.

1975 & 1976

Penambahan Jabatan Baharu

Jabatan-jabatan baharu diwujudkan seperti Jabatan Komunikasi pada tahun 1975 dan Jabatan Sains Politik pada tahun 1976

1980an

IBKKM

Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu dinaiktaraf menjadi Institut Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu (IBKKM) (Kini dikenali sebagai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

2001 - kini

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Pada 15 November 2001, Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa serta Fakulti Sains Pembangunan digabungkan dan menjadi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)


Enam bidang sains sosial & kemanusiaan

FSSK terdiri daripada enam cabang rumpun sains sosial dan kemanusiaan iaitu media dan komunikasi; psikologi dan kesejahteraan manusia; bahasa dan linguistik; bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu; sejarah, politik hubungan antarabangsa; serta sosial, pembangunan dan persekitaran.

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768