Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pasukan Penyelidikan yang diterajui oleh Prof. Dr. Mohd Talib Latif, Fakulti Sains dan Teknologi merangkap Peneraju Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar di atas kejayaan menerima geran penyelidikan Antarabangsa Asia Pacific Network 2021 (APN) berjumlah USD 90,000.00.
Pusat IDEA-UKM sebagai Penyelaras Fokul menjemput Warga UKM untuk menyaksikan Tayangan Perdana program Festival of Ideas 2021 yang menyerlahkan enam tema iaitu Malim Sarjana, Inovasi, Pameran Maya, Forum Maya, Mentor dan Resensi Karya. Video UKM di bawah tema Malim Sarjana – HICoE telah dipilih oleh pihak urusetia penganjur untuk Tayangan Perdana (Premiere Event) program Festival of Ideas 2021 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti ketetapan berikut:
Malim Sarjana: Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) Universiti Kebangsaan Malaysia Tarikh & Hari: 22 Julai 2021 (Khamis) Masa: 11:30 pagi Link: https://foi.mohe.gov.my Pendaftaran: https://foi.mohe.gov.my/register
Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan UKM mengucapkan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal atas lantikan sebagai Pengarah Pusat IDEA-UKM berkuatkuasa pada 15 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2024.
Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan UKM mengucapkan tahniah kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah atas lantikan sebagai Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani (WMM) berkuatkuasa pada 15 Julai 2021
Pihak Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan UKM mengucapkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Ir Dr Mohd Sobri bin Takriff di atas sumbangan dan jasa-jasa yang telah diberikan semasa kepimpinan beliau. Profesor Ir Dr Mohd Sobri bin Takriff telah dilantik pada 15 November 2017 sebagai Pengarah Pusat IDEA-UKM sehingga 20 Jun 2021.
We are conducting research on Application of Digital Technology in Personalised Strategies for Managing Non-Communicable Diseases and would encourage everyone to fill in a short questionnaire.
We kindly ask you to take 2 minutes of your time to fill in the following questionnaire at http://www.ukm.my/fper/myhealth/
You will have an opportunity to own a smart band and will get personalized health advice from professionals.
JEMPUTAN PENYELIDIK UNTUK MENGHADIRI BICARA PENYELIDIKAN: SESI PERKONGSIAN L’ORÉAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE AWARDS 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA dengan Kerjasama Kluster Penyelidikan UKM akan mengadakan program seperti ketetapan yang berikut:
BICARA PENYELIDIKAN: SESI PERKONGSIAN L’ORÉAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE AWARDS 2021 Tarikh : 19 Julai 2021 (Isnin) Masa : 10:00 pagi 12:00 tghari Tempat : Secara Online Pautan : Akan dimaklumkan kemudian
3. Sukacita sekiranya YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan dapat membantu menghebahkan program ini kepada penyelidik-penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk memohonL’ORÉAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE AWARDS 2021 4. Pengesahan Sesi Perkongsian ini boleh dibuat melalui Pautan Google Form seperti di http://shorturl.at/enxIS sebelum 16 Julai 2021.
5. Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Lim Swee Su di atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Lembaga Timah 2021 dari Kementerian Tenaga san Sumber Asli.