Maklum Balas Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Pusat IDEA UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN PUSAT IDEA-UKM TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita Pusat IDEA-UKM ingin menjemput YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk mengisi borang kajian kepuasan pelanggan yang telah disediakan di pautan URL di bawah:

https://tinyurl.com/4p8khad6

Borang soal selidik ini juga boleh dipanjangkan kepada kakitangan di jabatan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

Kajian ini diharap dapat digunakan sebagai input penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan bagi memastikan tahap kepuasan pelanggan kami. Kajian kepuasan pelanggan ini akan dilaksanakan sehingga 19 November 2021.

Sekian, kerjasama dan jasa baik YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam melengkapkan borang soal selidik ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Salam hormat

Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Dana Pembangunan Teknologi 1 (TED 1), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

JEMPUTAN KE BICARA PENYELIDIKAN: SESI PERKONGSIAN DANA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI 1 (TED1), KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Pusat IDEA dibawah Kluster Penyelidikan Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar (SLASKP) akan menganjurkan program Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Dana Pembangunan Teknologi 1 (TED 1), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh              : 30 November 2021 (Selasa)

Masa                : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Pelantar           : Zoom Meeting (Pautan akan dimaklumkan kemudian)

3.         Sehubungan itu, Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk turut hadir serta memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk membida Dana TED 1 ini. Pra-pendaftaran untuk ke program ini boleh dibuat melalui pautan Google Form http://shorturl.at/npyB0 sebelum atau pada 24 November 2021 jam 4.00 petang.

4.         Bersama-sama ini dilampirkan poster acara untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Jasa baik dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.