Pusat IDEA-UKM akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Memohon Geran Sumitomo 2022 yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 7 Oktober 2022 (Jumaat) Masa: 9:00 pagi – 4:30 petang Tempat: Fizikal/Bersemuka (akan dimaklumkan kemudian) Pendaftaran: https://bit.ly/3S37mBA
PENTING -Penyertaan ini terbuka kepada semua penyelidik dari bidang Sains Teknologi & Sains Sosial -Rujuk pautan http://sumitomo.or.jp/e/Jare/japanrela.html untuk maklumat selanjutnya -Penyelidik bersedia dengan Draf kertas cadangan penyelidikan semasa sesi bimbingan dan pemantapan -Membuat pra-pendaftaran sebelum atau pada 3 Oktober 2022 jam 4.00 petang
Pusat IDEA UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penyelidik UKM yang telah berjaya menerima Geran Penyelidikan Translasi (TR-UKM) Tahun 2022. Diharapkan agar output penyelidikan dapat menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi bagi menyelesaikan isu-isu semasa negara, di samping dapat menterjemahkan impak penyelidikan kepada potensi pengkomersialan produk serta kertas polisi untuk kepentingan negara.
Pembukaan Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) Fasa 2 Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2022
Pusat IDEA UKM (IDEA) akan membuka permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) Fasa 2 mulai 22 September 2022 sehingga 24 Oktober 2022 yang akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) melalui pautan https://appsmu.ukm.my/smpu.
Setiap permohonan perlu mematuhi garis panduan, kriteria permohonan, skop penyelidikan di samping penyelidikan bersifat translasi yang berkualiti. Garis Panduan yang terkini boleh dimuat turun melalui laman web IDEA http://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun atau di SMPU. Skop penyelidikan adalah seperti berikut:
a. Melestarikan penyelidikan Bahasa Melayu sebagai asas identiti kebangsaan (sub tema: aspek bahasa/ kebudayaan/ kesusasteraan Melayu)
b. Memperkasakan Penyelidikan Pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Sastera dan Matematik)
Setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat dan permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian di peringkat UKM.
Pihak IDEA juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) secara dalam talian seperti pada ketetapan berikut: Tarikh: 20 September 2022 (Selasa) Masa: 9.30 pagi
Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, jadual kerja, garis panduan, senarai semak dan dokumen-dokumen berkaitan geran untuk makluman dan rujukan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai IDEA, Cik Nurul Nadziffah di talian 03-89118265 atau Puan Nor Eloni di talian 03-89118263.
Pusat IDEA UKM dan Kluster Penyelidikan akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD 2) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 27 September 2022 (Selasa) Masa: 9:30 pagi – 1:00 petang Tempat: Secara Dalam Talian Platform: Aplikasi Zoom Pendaftaran:https://shorturl.at/cCDSV
Penyertaan ini terbuka kepada penyelidikan yang menyokong Cabaran Perdana Malaysia dan telah mencapai tahap kesediaan teknologi (TRL4-7)
Nota PENTING kepada peserta:
Rujuk pautan garis panduan geran bagi mendapatkan maklumat terperinci
Membuat pra-pendaftaran sebelum 22 September 2022
Bersedia dengan melengkapkan Borang Permohonan TeD 2 di Sistem Dana Bersepadu (SDB) MOSTI https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/
Penyelidik yang terpilih akan menghadiri Sesi Bimbingan pada tarikh yang ditetapkan
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat IDEA akan menganjurkan Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD 2) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan diadakan seperti pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 14 September 2022 (Rabu) Masa : 10:00 pagi – 12:00 tghari Tempat : Secara Online di Aplikasi Zoom Pautan Pendaftaran : https://shorturl.at/ctuAQ
Penyelidik yang berminat boleh melakukan Pra-pendaftaran sebelum 9 September 2022
Permohonan Dana TeD 2 adalah melalui Sistem Dana Bersepadu MOSTI