Pusat IDEA-UKM Terajui Jalinan Strategik Penyelidikan bersama MBI Selangor

Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Kluster Penyelidikan telah mengadakan kunjungan hormat ke Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), bertempat di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

Delegasi UKM diketuai oleh Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) diiringi Peneraju Kluster Penyelidikan dan pegawai dari Pusat IDEA.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, D.S.I.S (Selangor), Ketua Pegawai Eksekutif MBI yang turut disertai oleh Encik Ammar Gazali, Pengarah, Selangor Research Institute (SRI) dan penyelidik kanan; Dr. Siti Nurzahira Che Tahrim.

Kunjungan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama penyelidikan strategik antara UKM dan MBI, khususnya dalam bidang yang menyokong pembangunan negeri Selangor melalui pemanfaatan data raya, penyelesaian pintar dan inisiatif berteraskan kesejahteraan rakyat.

Hasil perbincangan menyaksikan kesediaan kedua-dua pihak untuk memulakan perbincangan lanjut ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sebagai asas kerjasama penyelidikan jangka panjang yang berimpak dan relevan dengan keperluan dasar pembangunan negeri.

#UniversitiKebangsaanMalaysia

#IlmuMutuBudi

#UKM

#UKMSharing

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*