Bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-53, Pejabat Naib Canselor UKM telah menganjurkan Pameran Penyelidikan sebagai salah satu acara utama dalam Karnival Konvokesyen (KARKON) 2025. Pameran ini telah berlangsung dari 22 November hingga 4 Disember 2025 bertempat di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penganjuran pameran ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti untuk mengetengahkan hasil penyelidikan warga UKM kepada para pengunjung sepanjang tempoh Majlis Konvokesyen berlangsung. Melalui platform ini, para pengunjung berpeluang untuk meneroka serta memahami dengan lebih dekat teknologi, inovasi dan produk yang dihasilkan daripada penyelidikan warga universiti, khususnya yang dibangunkan oleh para penyelidik daripada fakulti, institut dan pusat (FIP).

Sepanjang pameran berlangsung, pelbagai reruai penyelidikan telah dipamerkan melibatkan penyertaan di bawah entiti Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) serta reruai penyelidikan daripada fakulti, institut dan pusat yang terlibat mengikut sidang konvokesyen yang ditetapkan. Penyertaan ini memperlihatkan kepelbagaian bidang penyelidikan yang merangkumi inovasi teknologi, pembangunan produk serta penyelesaian berasaskan penyelidikan yang berpotensi memberikan manfaat kepada masyarakat dan industri.

Pada 26 November 2025, pameran ini turut menerima lawatan daripada Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk meninjau secara langsung hasil-hasil penyelidikan yang dipamerkan di ruang reruai serta berinteraksi dengan para penyelidik yang terlibat. Dalam sesi tersebut, beliau turut mendapatkan penjelasan mengenai produk penyelidikan yang dipamerkan, termasuk potensi beberapa inovasi yang berupaya dikembangkan ke arah pengkomersialan.

Secara keseluruhannya, pameran ini bukan sahaja menjadi platform penting dalam memperkenalkan hasil penyelidikan warga UKM kepada masyarakat, malah turut memperkukuh peranan universiti sebagai institusi yang memacu inovasi, pembangunan ilmu dan penyelesaian berimpak kepada negara.

#KonvoUKM53 #UniversitiKebangsaanMalaysia #IlmuMutuBudi #KARKON53 #LegasiRentakMADANI #PusatIDEAUKM

No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*