Bengkel Perancangan Strategik dan Organisasi (BPSO) Pusat IDEA 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 2 Mac 2026 di Hotel Tenera Bangi. Bengkel ini dipimpin oleh Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan fokus kepada penetapan inisiatif strategik bagi mencapai sasaran KPI Pelan Strategik TEKAD 57 UKM (2026–2030).

Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai perbincangan strategik telah diadakan bagi mengenal pasti inisiatif, program dan tindakan yang mampu menyokong pelaksanaan agenda penyelidikan dan inovasi universiti secara lebih tersusun dan berimpak tinggi. Sesi ini turut memberi penekanan kepada pendekatan foresight atau unjuran masa hadapan dalam meneliti enam Cabaran Besar UKM, sekali gus membantu warga Pusat IDEA mengenal pasti bidang keutamaan dan peluang strategik yang boleh diterokai dalam tempoh pelaksanaan pelan strategik universiti.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran serta amanat daripada Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kepentingan perancangan strategik yang mampan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi universiti dalam memperkukuh kedudukan UKM sebagai institusi penyelidikan terkemuka.

Melalui penganjuran bengkel ini, Pusat IDEA komited untuk memastikan segala ketetapan dan pelan tindakan yang telah dirumuskan dapat dilaksanakan secara sistematik serta dipantau secara berkala. Usaha ini penting bagi menyokong agenda kecemerlangan penyelidikan dan inovasi universiti serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang memberi impak yang signifikan kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan negara.

#IDEAUKM #BPSO2026 #TEKAD57 #UKMSharing #IlmuMutuBudi

May be an image of one or more people, newsroom, dais and text
May be an image of one or more people and people studying
May be an image of one or more people, dais and text
May be an image of one or more people and people studying

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*