SESI LIBAT URUS KPU KLUSTER KESIHATAN & PERUBATAN TERMAJU (KPT) BERSAMA PENGARAH PUSAT IDEA UKM

Pusat IDEA UKM telah mengadakan Sesi Libat Urus Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Kluster KPT bersama Pengarah Pusat IDEA UKM, YBhg. Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, pada 2 September 2026 bertempat di Bilik Aktiv (AktivUKM), Fakulti Farmasi, Kampus Kuala Lumpur.

Sesi ini menjadi platform perbincangan bersama ketua-ketua KPU dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan UKM serta mengenal pasti ruang dan potensi baharu untuk meningkatkan kecemerlangan KPU.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk usaha memperluas kolaborasi penyelidikan antarabangsa, khususnya bersama Shanghai Jiao Tong University, cadangan penubuhan Joint-Laboratory bersama NIBM, pelaksanaan Bulan Semarak Penyelidikan UKM pada bulan Oktober nanti, pembangunan program flagship bagi setiap kluster serta penambahbaikan mekanisme pembiayaan dan pengoperasian KPU.

Sesi turut memberi ruang kepada ketua-ketua KPU mengetengahkan beberapa cabaran dan isu berkaitan pelaksanaan penyelidikan, antaranya proses MoA/MoU, akses kepada dana dengan vot bebas, pembangunan KPU ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

Melalui sesi libat urus ini, Pusat IDEA UKM komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama KPU dan menyediakan ekosistem yang lebih kondusif bagi menyokong penyelidikan berimpak serta meningkatkan kecemerlangan penyelidikan UKM di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Menyemarak Kecemerlangan Penyelidikan UKM”

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*