Pusat IDEA telah mengadakan Bengkel Pemurnian Draf Buku Penyelidikan GGPP UKM 2025 bertempat di Hotel TENERA, Bangi pada 7 Mac 2025 (Jumaat).

Sesi ini berjaya mengumpulkan 20 projek yang diiktiraf sebagai projek penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan yang merangkumi 3 bidang utama iaitu Sains Kesihatan & Perubatan, Sains & Teknologi dan Sains Sosial. Seramai 17 orang Ketua Penyelidik telah dijemput bagi menjayakan sesi ini. Turut hadir sama, Pengarah PENERBIT UKM, YBhg. Prof. Dr. Normah Mustaffa dan Pegawai PENERBIT UKM, En. Muhammad Zunnurain Razali yang memberi perkongsian mengenai penerbitan karya suntingan.

Pusat IDEA menyasarkan penerbitan 3 buah buku karya suntingan daripada projek GGPP UKM pada tahun 2025. Inisiatif ini bagi memperkasa dan memberi lebih keserlahan terhadap projek penyelidikan berimpak tinggi UKM.

#IDEAUKM#BukuPenyelidikanGGPP#UKMSharing#IlmuMutudanBudi

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*