Bengkel Pengukuhan Pasukan Pusat IDEA: Langkah Baru Ke Arah Kecemerlangan

Pusat IDEA telah mengadakan Bengkel Pemantapan Program dan Program Pengukuhan Pasukan di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang pada 5-8 Disember 2024. Bengkel ini melibatkan semua warga IDEA dan turut dihadiri oleh Encik Norrul Izuhan Bin Shafri, Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz sebagai penceramah utama.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memantapkan pelaksanaan program serta mengukuhkan kerjasama dalam pasukan. Antara input yang diperoleh termasuk peningkatan kemahiran komunikasi, pengurusan pasukan yang lebih efektif, dan strategi untuk mencapai matlamat bersama. Dengan pengukuhan ini, diharapkan warga IDEA dapat bergerak lebih padu dan cemerlang dalam melaksanakan tugas serta mencapai kejayaan yang lebih besar.

#UKMSharing#IDEAUKM#UniversitiWatanKita#TeamBuildingUKM

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*