LENGGONG, 10 Mac 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat IDEA UKM terus memperkukuh peranan universiti dalam memacu pemindahan pengetahuan berimpak tinggi kepada komuniti setempat melalui jaringan penyelidikan dan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan.

Pada 10 Mac 2026, Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi (TSE), bersama Fatimah Wati Halim, ahli Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) My-Psikososial Sejahtera serta pegawai fokal Pusat IDEA UKM telah mengadakan dua sesi mesyuarat kolaborasi strategik bersama Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Perak dan Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA).

Mesyuarat tersebut membincangkan potensi kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan projek bertajuk “Peningkatan Skala Ekonomi Pengusaha Kecil Pekasam di Geopark Lenggong melalui Pemindahan Pengetahuan dalam Teknologi Pengurusan Makanan dan Model Perniagaan Baharu” di bawah MRUN Knowledge Transfer Programme (MRUN KTP).

Perbincangan strategik memberi tumpuan kepada aspek pematuhan keselamatan makanan, peningkatan kapasiti pengeluaran, pembangunan standard produk serta peluasan akses pasaran bagi membantu pengusaha pekasam di Lenggong Geopark melestarikan dan meningkatkan skala perniagaan mereka secara mampan.

Inisiatif ini menzahirkan peranan aktif penyelidik UKM dalam menghubungkan kepakaran akademik dengan keperluan komuniti serta agensi berkaitan melalui pendekatan penyelidikan translasi dan pemindahan ilmu. Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh daya saing industri pekasam tempatan di samping memelihara warisan makanan tradisional Lenggong sebagai salah satu identiti komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, kedua-dua agensi yang terlibat memberikan maklum balas yang positif dan menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama serta menyokong sepenuhnya pelaksanaan projek ini.

#IDEAUKM #TSE #KPU #MRUNKTP

May be an image of one or more people and newsroom
May be an image of text
May be an image of one or more people, dais and text that says 'LEMBAGA PEMASARAN PER PERAINIAIO INIA RS UTU 編無 FAMA FANA'

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*