Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Akademi Sains Malaysia (ASM) pada 23 Februari 2026 di ibu pejabat ASM, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta penyelidikan sains sosial yang berpotensi menyokong agenda pembangunan negara melalui penghasilan ilmu dan dasar awam yang berasaskan bukti. Delegasi UKM diketuai oleh Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA UKM, dan telah disambut oleh Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, bersama barisan pegawai kanan ASM.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai potensi pengukuhan ekosistem penyelidikan translasi yang berimpak tinggi serta peluang kerjasama dalam menyumbang kepada pembangunan dasar awam berasaskan bukti. Perbincangan turut memberi penekanan kepada pendekatan foresight atau unjuran masa hadapan bagi mengenal pasti bidang strategik yang berpotensi untuk diterokai melalui kerjasama antara UKM dan ASM.

Sebagai langkah susulan, hasil perbincangan ini akan diperhalusi melalui sesi perbincangan dalaman UKM dengan mengambil kira kerangka lima kluster penyelidikan dan enam Cabaran Besar Penyelidikan UKM, sebelum diteruskan dengan perbincangan lanjut bersama pihak ASM. Inisiatif kerjasama ini diharap dapat memperkukuh jaringan strategik antara institusi akademik dan badan pemikir negara dalam memacu pembangunan ilmu, inovasi serta dasar awam yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan negara.

#IDEAUKM #UKMSharing #IlmuMutuBudi #ASM

May be an image of one or more people and dais
May be an image of one or more people and dais
May be an image of one or more people, dais and text that says 'UDAY NIKA'

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*