Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kluster Penyelidikan dan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) telah mengadakan Sesi Mesyuarat Susulan Projek Geopark Lenggong bersama Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia, pada 27 Januari 2026. Mesyuarat ini diadakan susulan dapatan daripada Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) yang telah berlangsung pada 29 hingga 31 Disember 2025, yang menghimpunkan pelbagai pandangan strategik daripada pihak berkepentingan berkaitan pembangunan komuniti di Lenggong Geopark.

Perbincangan dalam mesyuarat ini memberi tumpuan kepada hala tuju pembangunan Lenggong sebagai sebuah Pusat Pendidikan Terbuka (Open Geo Education Tourism Hub) yang berteraskan ekosistem Geo Education Tourism. Inisiatif ini menekankan integrasi antara pendidikan, penyelidikan dan pelancongan sebagai pendekatan strategik dalam memperkukuh pembangunan komuniti setempat. Di samping itu, usaha ini turut memberi penekanan kepada pemerkasaan komuniti dan usahawan tempatan, pembangunan modul pendidikan berasaskan geopark serta pelaksanaan konsep makmal alam yang memanfaatkan sumber warisan dan alam semula jadi Lenggong sebagai medium pembelajaran.

Perbincangan turut menekankan kepentingan jalinan kerjasama strategik antara universiti, agensi kerajaan dan pemain industri dalam memastikan pembangunan Lenggong dilaksanakan secara holistik dan mampan. Pembangunan ini turut disasarkan selari dengan kerangka antarabangsa yang menekankan pendidikan, pelancongan mampan dan Geo Education Tourism, dengan komuniti setempat berperanan sebagai pusat ilmu, pengalaman pembelajaran dan pembangunan yang berteraskan kelestarian, bukan semata-mata berorientasikan komersial.

Sebelum ini, Program Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Advokasi Kepenggunaan K.I.T.A GEMPUR telah dilaksanakan dengan jayanya melalui gabungan sesi advokasi, kunjungan lapangan dan pengumpulan input strategik daripada komuniti serta pihak berkepentingan. Program tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan masyarakat, pemerkasaan komuniti dan usahawan tempatan, penerokaan potensi pembangunan Geoeducation Tourism serta penyediaan dokumen komuniti bagi tujuan pendaftaran dengan Registrar of Societies Malaysia (ROS).

Secara keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh penglibatan dan kolaborasi antara akademia, komuniti serta agensi berkepentingan ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan di Lenggong.

#IDEAUKM #UKMSharing #GeoparkLenggong #GeoEducationTourism #PembangunanMampan

May be an image of studying, table and text

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*