Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses

 FKAB UKM

Sarjana Kejuruteraan Persekitaran (MEng – Kerja Kursus)

.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

Objektif Pendidikan Program adalah Pernyataan umum yang memerihalkan pencapaian kerjaya dan professional graduan dalam tempoh 5 tahun selepas tamat pengajian. Objektif Pendidikan Program yang dipersetujui untuk diselaraskan adalah seperti berikut:

OPP1: Graduan yang mempunyai nilai-nilai murni dan beretika serta berupaya melaksanakan tanggungjawab sosial di organisasi masing-masing.

OPP2: Graduan yang berpengetahuan khusus dan kompeten dalam bidang kejuruteraan persekitaran.

OPP3: Graduan yang boleh memimpin dan berdaya saing serta inovatif dalam industri kejuruteraan persekitaran.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

Hasil Pembelajaran Program adalah kebolehan (kognitif, psikomotor dan afektif) yang graduan patut tunjukkan apabila tamat pengajian. Mesyuarat siswazah fakulti telah bersetuju untuk menetapkan bilangan HPP sebanyak 8 selaras dengan domain oleh MQA serta hasrat universiti. Hasil Pembelajaran Program yang dipersetujui untuk diselaraskan adalah seperti berikut:

HPP1: Pengetahuan – Berkebolehan untuk menunjukkan penguasaan pengetahuan dalam kejuruteraan kejuruteraan persekitaran.

HPP2: Kemahiran Praktikal – Berkebolehan untuk mengaplikasi kemahiran praktikal dan berdaya saing dalam bidang pengkhususan kejuruteraan persekitaran.

HPP3: Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial – Berkebolehan untuk menghubungkait idea-idea dan isu-isu kemasyarakatan dan persekitaran dalam kejuruteraan persekitaran.

HPP4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme – Berkebolehan untuk menjalankan projek penyelidikan dengan seliaan yang minima, berpegang teguh pada kod amalan yang sah, beretika dan profesional.

HPP5: Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan – Berkebolehan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan di kalangan rakan sekerja dan pihak berkepentingan.

HPP6: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Kemahiran Saintifik – Berkebolehan untuk menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.

HPP7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat – Berkebolehan untuk menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.

HPP8: Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan – Berkebolehan untuk mengaplikasikan ilmu kejuruteraan, prinsip pengurusan dan keusahawanan.

Maklumat Program

Maklumat terperinci mengenai program ini boleh didapati dengan menghubungi :

Dr. Jarinah Mohd Ali,
Penyelaras,
Program Siswazah Kejuruteraan Persekitaran,
Jabatan Kejuruteraan Kimia & Proses,
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA

Tel : 603-8921 8377
Fax : 603-8911 8345
Email : jarinah@ukm.edu.my

Perhatian kepada semua pelajar: Sila kemukakan Borang Penghantaran Tesis dan sebarang dokumen lain yang memerlukan tandatangan dan kelulusan Ketua Program Siswazah di kpsjkkp@ukm.edu.my.