Program Sarjana Kejuruteraan Sekitaran ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Ia menggabungkan pengetahuan dalam bidang sains sekitaran yang merangkumi ekosistem, impak dan pengurusan sekitaran, pengurusan sisa pepejal dan cecair, kejuruteraan air sisa, dan reka bentuk alat kawalan pencemaran udara. Program sarjana ini merupakan program multidisiplin yang menggabungkan tiga program kejuruteraan iaitu kejuruteraan kimia, kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal. Antara kursus yang ditawarkan adalah Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit dan Taksiran Kesan, Kimia dan Alat Kawalan Pencemaran Udara, Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan dan Pengurusan Sisa Industri.
Salah satu daripada kriteria di bawah:
Kriteria 1
PNGK 2.50 ke atas : Ijazah Sarjana Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan/ setaraf
Kriteria 2
PNGK 2.0 – 2.49 : Sarjana Muda Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau yang setara dengan penilaian dalaman yang rapi
Kriteria 3
PNGK 3.00 ke atas : Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan) / setaraf
Kriteria 4
PNGK 2.99 ke bawah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan)/ setara dengan penilaian dalaman yang rapi
Kriteria 5
Memenuhi Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL A) untuk calon warganegara sahaja:
a) Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan
b) Lulus diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti;
c) Kelayakan lain yang setara;
d) Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF
Mod Pengajian: Kerja Kursus
Sepenuh Masa: 1½ -2 tahun
Separuh Masa: 2- 4 tahun
Kuliah bermula 6:00-9:00pm, Isnin-Khamis
Keperluan Bahasa Inggeris bagi calon antarabangsa adalah seperti berikut:
a. Skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara dengan mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common Europeon Framework of Reference (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat
ATAU
b. Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti berkenaan
ATAU
c. Calon yang belajar dari negara yang diwartakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition)
Sila hubungi penyelaras – Ts. Dr. Abdullah Amru Indera Luthfi di amru@ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Semester Kod Kursus Nama Kursus Kategori Unit
Semester I KKKF6013 Kaedah Penyelidikan untuk Sains dan Teknologi W 3
KKKS6243 Kimia Dan Alat Kawalan Pencemaran Udara W 3
CMIE6013* Keusahawanan Sosial W 3
CMIE6213* Inovasi Produk dan Keusahawanan W 3
LMCM1083 Bahasa Melayu komunikasi Antarabangsa AU –
LMCM1093 Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara AU –
Elektif Program (Pilih 2 sahaja)
KKKS6233 Analisis Risiko Sekitaran P 3
KKKS6263 Teknologi Karbon Rendah P 3
KKKA6833 Permodelan Air Bandaran P 3
Jumlah Unit 15
Semester II KKKS6433 Pengurusan Sisa Industri W 3
KKKS6143 Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran W 3
KKKF6016 Projek Penyelidikan I W 6
Elektif Program (Pilih 2 sahaja)
KKKS6373 Eko-Komuniti Simbiotik P 3
KKKS6393 Perolehan Tenaga daripada Sisa dan Bahan api Biojisim P 3
KKKA6303 Hidrologi Air Permukaan P 3
Jumlah Unit 18
Semester III KKKS6033 Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit dan Taksiran Kesan W 3
KKKS6353 Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan W 3
KKKF6016 Projek Penyelidikan II W 3
Jumlah Unit 12
Jumlah Keseluruhan 45
**Nota: W = Wajib, P = Elektif, AU – Audit
*Tertakluk kepada perubahan dan pilih SATU subjek sahaja
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ts. Dr. Abdullah Amru Indera Luthfi
Penyelaras,
Program Sarjana Kejuruteraan Sekitaran,
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA
Tel : 603-8921 5555
Fax : 603-8911 8345
Emel : amru@ukm.edu.my