Sarjana Sains (Kerja Kursus)

Program Sarjana Sains (Kerja Kursus)

 

Ijazah yang ditawarkan:

 

Sarjana Sains (Sains Makanan)

Pengenalan

Program Sains Makanan menawarkan Sarjana Sains secara tesis dan kerja kursus. Bidang pengkhususan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti pengeluaran makanan bermula daripada ianya dituai atau disembelih sehinggalah dipasarkan dan sampai kepada pengguna dalam keadaan yang selamat dan memenuhi keperluan dan citarasa pengguna.

Program ini penting dari segi kesinambungan dan penambahan ilmu bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang mengikuti penyelidikan sepenuhnya. Siswazah yang dikeluarkan akan dilengkapi dengan pengetahuan yang kukuh dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Adalah diharapkan siswazah ini juga mampu menggunakan pengetahuan ini dalam penyelidikan dan penghasilan produk baru yang berkhasiat, memantau kualiti dan keselamatan makanan, dapat menyumbang dalam perkembangan dasar makanan dan pemakanan negara, membantu melaksanakan peraturan-peraturan makanan dan juga program pendidikan sains makanan dan pemakanan.

Syarat Kemasukan

Calon yang ingin memohon mengikuti Program Siswazah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Ijazah Sarjanamuda (Sains Makanan, Sains Makanan dan Pemakanan, Teknologi Makanan) dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

b) Kelulusan lain yang setara dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) Calon yang tidak memenuhi syarat PNGK minimum yang ditetapkan boleh dipertimbangkan dengan syarat calon mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang berkaitan.

Struktur Program

Setiap pelajar yang mendaftar program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 40 jam kredit sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Daripada 40 jam kredit tersebut, 29 jam kredit adalah kursus wajib dan 11 jam kredit kursus pilihan. Pelajar boleh memilih mana-mana kursus pilihan yang disenaraikan untuk memenuhi keperluan jam kredit kursus tersebut.

sarjana-sains-sains-makanan-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STKM6023 Teknologi Produk Berprotein
STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
STKM6043 Teknologi Konfeksi Gula dan Coklat
STKM6063 Perisa Makanan
STKM6113 Mikrobiologi Makanan Lanjutan
STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
STKM6123 Kimia Makanan Lanjutan
STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
STKM6313 Kualiti Makanan
STKM6322 Teknik Semasa dalam Mikrobiologi Makanan
STKM6323 Operasi Pemprosesan Makanan
STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
STKM6722 Pembungkusan Makanan
STKM6973 Projek Penyelidikan I
STKM6986 Projek Penyelidikan II

 

Sarjana Sains (Pemakanan)

Pengenalan

Program Pemakanan menawarkan Sarjana Sains secara tesis dan kerja kursus. Bidang pengkhususan ini dirangka untuk melatih pelajar tentang kepentingan pengaruh pemakanan ke atas kesihatan serta memahami masalah pemakanan yang kompleks. Ia juga mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti pengeluaran makanan dan keselamatan makanan kepada pengguna.

Program ini penting daripada segi kesinambungan dan penambahan ilmu bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang rata-rata mengikuti penyelidikan sepenuhnya. Siswazah yang dikeluarkan akan dilengkapi dengan pengetahuan yang kukuh dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Adalah diharapkan siswazah ini juga mampu menggunakan pengetahuan ini dalam penyelidikan dan penghasilan produk baru yang berkhasiat, memantau kualiti dan keselamatan makanan, dapat menyumbang dalam perkembangan dasar makanan dan pemakanan negara, membantu melaksana peraturan-peraturan makanan dan juga program pendidikan makanan dan pemakanan.

Syarat Kemasukan

Calon yang ingin memohon mengikuti Program Siswazah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Ijazah Sarjanamuda (Sains Makanan dan Pemakanan, Pemakanan atau Dietetik) dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh senat; atau
b) Kelulusan lain yang setara dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) Calon yang tidak memenuhi syarat PNGK minimum yang ditetapkan boleh dipertimbangkan dengan syarat calon mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang berkaitan.

Struktur Program

Setiap pelajar yang mendaftar program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 40 jam kredit sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Daripada 40 jam kredit tersebut, 29 jam kredit adalah kursus wajib dan 11 jam kredit kursus pilihan. Pelajar boleh memilih mana-mana kursus pilihan yang disenaraikan untuk memenuhi keperluan jam kredit kursus tersebut.

sarjana-sains-pemakanan-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
STKM6063 Perisa Makanan
STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
STKM6213 Pemakanan Gunaan
STKM6222 Interaksi Nutrien dan Ubat-ubatan
STKM6223 Teknik Penyelidikan Pemakanan
STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
STKM6313 Kualiti Makanan
STKM6333 Terapi Diet Lanjutan
STKM6413 Pemakanan dan Penuaan
STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
STKM6973 Projek Penyelidikan I
STKM6986 Projek Penyelidikan II