Doktor Falsafah (PhD)

Jabatan Sains Makanan

Doktor Falsafah (PhD)

 

Bidang Penyelidikan

Penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Sains Makanan memberi tumpuan dalam dua bidang berikut:

  1. Sains Makanan
  2. Pemakanan

 

Syarat Kemasukan

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
  2. Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperoleh keputusan cemerlang (Kelas Pertama) dari UKM atau mana- mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti dan pengiktirafan oleh Senat; atau
  3. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  4. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  5. Pelajar luar negara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL 550 / IELTS band 5.5 / MUET band 3. (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan  akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / MUET)

Calon pelajar luar negara yang memenuhi kelayakan akademik tetapi tiada kelayakan Bahasa Inggeris boleh mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris selama satu tahun (tempoh maksimum). Calon yang tidak berjaya mencapai syarat minimum seperti mana yang ditetapkan program pengajian akan diberi status gagal berhenti.

 

Struktur Program

Setiap pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mendaftar dan lulus kursus STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan juga pendaftaran tesis setiap semester sehingga tamat pengajian. Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan tidak kurang daripada 40 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa dan 20 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa. Hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis.

Pelajar mesti memenuhi syarat-syarat bergraduat yang ditetapkan oleh fakulti.

Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berindeks Web of Science (WOS) dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan Doktor Falsafah bersama Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan.

 

Maklumat lanjut boleh rujuk SINI