You are currently viewing Karnival Cakna OKU UKM

Karnival Cakna OKU UKM

Karnival Cakna OKU UKM anjuran Unit Perkhidmatan dan Sokongan Orang Kurang Upaya (UPS OKU), Jabatan Pendaftar UKM dengan kerjasama dari Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (i-KOM) bertemakan “UKM Jiwa Prihatin: Mesra OKU”.

Karnival yang telah berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2023 ini dirasmikan oleh Encik Hirman Awang @ Semail, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi diiringi oleh Prof. Madya Dr. Suzeren Md. Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar dan Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pengarah Karnival Cakna OKU UKM.

Pada majlis ini, Nazrul Muhamin Abdul Aziz, pelajar Pascasiswazah Linguistik menerima Anugerah Mahasiswa OKU Harapan manakala, Shafrin Omar, pembantu Belia Dan Sukan pula menerima Anugerah Staf OKU Harapan.

Turut hadir ialah Cik Rohaya Omar, Pustakawan dan Dr. Aizan Sofia Amin, Pengerusi Jawatankusa Pelaksanaan Polisi Inklusif OKU merangkap Penasihat Program Karnival Cakna OKU.