Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM 2022 berlangsung dalam suasana meriah setelah hampir dua tahun tidak mengadakan sambutan secara bersemuka akibat pandemik Covid-19.
Tema pada kali ini, “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran” disertai oleh 36 kontinjen yang terdiri daripada pusat tanggungjawab dan kolej kediaman yang berarak sejauh hampir tiga kilometer.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dalam ucapannya berkata, “penganjuran sambutan kali ini memberi kesedaran kepada kita semua agar kita sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jati diri sebagai seorang muslim.
Hadir sama pada majlis ini adalah Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat; Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi; Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa; Prof. Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat); Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana); Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur); Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM; Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari UKM; Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan, Dekan dan Pengarah Pusat Tanggungjawab UKM.



