Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU) ditubuhkan pada 12 Disember 2019 dan ditempatkan di bawah Pejabat Pendaftar, Jabatan Pendaftar dengan seliaan penuh oleh Naib Canselor. Inisiatif penubuhan UPS-OKU UKM ini selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian Tinggi yang telah dilancarkan pada 5 September 2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 12/2023 bertarikh 16 Ogos 2023 telah bersetuju agar unit ini ditempatkan di bawah Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar. Unit ini dibantu oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Polisi Inklusif OKU bagi memastikan warga OKU UKM mencapai tahap perkhidmatan dan persekitaran yang cemerlang di persada antarabangsa. Unit ini bertanggungjawab menyediakan sistem sokongan mengikut ketidakupayaan individu yang terdiri daripada golongan pelajar, staf dan pelawat OKU di UKM.

Fungsi UPS-OKU UKM

Mengumpul dan memproses maklumat warga OKU

Menjadi tempat rujukan dari segi akademik, kemudahan infrastruktur dan sistem sokongan mesra OKU

Menjalinkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan, industri dan badan bukan kerajaan (NGO)

Melaksanakan program pengupayaan, pembangunan dan pemerkasaan warga OKU

Melaksanakan program atau aktiviti kesedaran OKU dalam kalangan warga UKM

Memproses cadangan dan aduan

Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU-UKM

Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU UKM
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Aras 1, Bangunan Canselori, 43600 UKM Bangi,
Selangor, Malaysia

Tel: 03 – 8921 4529 / 4694
E-mel: upsoku@ukm.edu.my