Polisi Inklusif OKU UKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.5/2019 untuk dilaksanakan di UKM mengikut kesesuaian, keadaan dan keperluan semasa secara berperingkat. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi. Bagi menjayakan polisi ini, UKM akan memastikan pelaksanaan mengikut perkara berikut: