Search
Program Yang Ditawarkan
  • Doktor Falsafah

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa

PROGRAM FARMASI

Fakulti Farmasi

RINGKASAN PROGRAM

Program mod penyelidikan yang ditawarkan oleh Fakulti Farmasi memberi penekanan kepada bidang penyelidikan yang melibatkan pelbagai disiplin dalam bidang farmasi termasuk penemuan ubat, pembangunan produk farmaseutikal, pendidikan farmasi, dan pengurusan berkualiti ubat-ubatan. Program berorientasikan penyelidikan ini adalah berasaskan kerja makmal, gabungan antara kerja makmal dan kajian tinjauan, atau kajian tinjauan dalam pelbagai bidang farmasi seperti:

Pembangunan Dadah dan Herba: Memberi tumpuan kepada pengenalpastian sebatian kimia daripada produk semula jadi yang mempunyai kesan terapeutik khusus dan boleh dibangunkan menjadi potensi ubat baharu untuk sasaran ubat yang kompleks dan mencabar sebelum ujian klinikal. Bidang ini juga melibatkan penilaian herba dan produk berkaitan dari segi kualiti, keselamatan, dan keberkesanan sebagai agen terapeutik.

Teknologi Penyampaian Dadah: Memberi tumpuan kepada cabaran terkini dalam bidang penyampaian dadah. Ini bertujuan untuk membina strategi rasional terhadap reka bentuk dadah bagi menghasilkan sistem penyampaian dadah yang termaju. Strategi-strategi untuk meningkatkan penyampaian dadah termasuk mengkaji sifat fizikokimia moieti dadah tradisional atau berasaskan bioteknologi dan memahami mekanisme penyerapan dadah oleh sel dan pengangkutan dadah merentasi membran biologi.

Pengurusan Berkualiti Ubat-ubatan (QMM): Memberi tumpuan kepada corak penggunaan ubat, keberkesanan rejimen rawatan, pelaporan tindak balas kesan advers ubat, kesedaran kesihatan, pendidikan pesakit, farmakoekonomi, dan dasar ubat nasional serta pelaksanaannya.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Kemudahan pendidikan kami terletak di Kampus Jalan Raja Muda UKM, Kuala Lumpur. Sepanjang pengajian, anda akan berpeluang untuk menjalankan penyelidikan di makmal bertaraf dunia atau di hospital pengajaran kami (Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras). Kampus ini juga menempatkan fakulti lain iaitu Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian. Kampus kami menyediakan platform yang baik untuk anda mengenali pelajar pascasiswazah daripada program penyelidikan lain yang berkaitan dengan kesihatan untuk meningkatkan rangkaian penyelidikan anda. Selain daripada kemudahan dalam kampus seperti perpustakaan dan kafe, kampus ini juga berdekatan dengan pelbagai tarikan di Kuala Lumpur dengan akses mudah ke tempat makan dan minum, pusat membeli-belah, taman rekreasi, dewan teater, dan galeri seni. Walaupun penginapan dalam kampus tidak disediakan untuk pelajar pascasiswazah, anda boleh mendapatkan tempat penginapan luar kampus sebelum ketibaan anda dengan bantuan Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Farmasi.

Syarat Kemasukan
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana di bawah subperaturan 6(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/ Pengarah; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/ Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau
  6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  7. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana di bawah subperaturan 6(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/ Pengarah; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/ Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau
  6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  7. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 8911 8471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366/ 4196/ 3997/5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah dengan manfaat seperti memperluaskan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus : Cheras, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Farmasi
Ijazah : Doktor Falsafah (PhD)
Tempoh :

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi :
Fakulti Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur

Tel : 603-9289 7783
Faks : +603-2698 3271
Emel: thohirhasim@ukm.edu.my
Website : www.ukm.my/pharmacy

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
E-mel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik