-

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan ketaatan dan kesabaran selama bulan ini. Selamat berpuasa kepada seluruh Umat Islam. #masjidukm #pusatislamukm
-

SOLAT TERAWIH MASJID UKM
Solat Sunat Terawih di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bermula sejak malam tadi sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia. Sehubungan itu, seluruh warga UKM dan masyarakat sekitar dijemput hadir untuk bersama-sama mengimarahkan solat Terawih secara berjemaah di Masjid UKM sepanjang bulan Ramadan. Pelaksanaan solat ini diharap dapat menjadi medan meningkatkan keimanan dan menghidupkan malam-malam
-

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN RAMAH MESRA KELAS PENGAJIAN MASJID UKM
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjemput seluruh warga UKM dan jemaah Masjid UKM untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Ramah Mesra Kelas Pengajian Masjid UKM yang akan diadakan seperti ketetapan berikut. Majlis ini bertujuan menyempurnakan khatam Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah antara para peserta kelas pengajian dan warga Masjid UKM dalam suasana penuh keberkatan. Program
-

JOM TADABBUR AL-QURAN SERTA EDARAN AL-QURAN MUFIQ
Orang ramai dijemput menghadiri program Jom Tadabbur al-Quran serta Edaran al-Quran Mufiq yang akan diadakan pada 22 Januari 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari bertempat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Program ini akan dibimbing oleh Mej. Jen. (B) Dato’ Haji Nawawi Bin Daud, Pengarah Institut Personaliti Quran (iPeQ) Yayasan Restu, yang akan berkongsi panduan
-

PROGRAM TADARUS AL-QUR’AN RAMADAN 2026
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Program Tadarus Al-Qur’an Ramadan 2026 dengan ketetapan berikut: Tarikh: 23 Februari – 6 Mac 2026 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi Tempat: Ruang Solat, Masjid Universiti Kebangsaan MalaysiaProgram ini terbuka kepada warga universiti dan orang ramai turut disediakan urus bakat untuk warga UKM.Sehubungan itu, semua yang
-

DAURAH ISRAK MIKRAJ PERDANA
Kitab Kifayatul Muhtaj karya Syeikh Daud Al-Fathani Bersama: Prof. Madya Dato’ Dr. Ayman Al-Akiti 17 Jan 2026 (Sabtu) 8:30 pagi – 4:30 ptg Masjid UKM, Bangi Terbuka kepada masyarakat awam & warga universiti MASUK PERCUMA Daftar: 0192554036 01132944090 Berminat sertai, boleh masuk group ini: https://chat.whatsapp.com/EuBM0UYyjOMBU90BBvKMf7
-

SEKALUNG TAHNIAH
Pusat Islam UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Ke-78 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan
-

DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku Sempena Hari Keputeraan Ke-78 pada 14 Januari 2026 bersamaan 24 Rejab 1447 Hijrah. Sembah takzim daripada Pengarah serta warga kerja
-

Ibadah Korban & Akikah 2026 / 1447H Melalui Skim Potongan Gaji (SPG)-Januari 2026
PUSAT ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA menjemput seluruh warga UKM untuk menyertai IBADAH KORBAN & AKIKAH 2026M / 1447H melalui Skim Potongan Gaji (SPG). 1 bahagian hanya RM900.00 sahaja. Jadual potongan gaji bulanan : Februari 2026 – RM300 (3 bulan) Mac 2026 – RM450 (2 bulan) April 2026 – RM900 (1 bulan) Kadar bayaran tertakluk kepada perubahan


