-

MEMBURU MALAM LAILATUL QADAR DI 10 MALAM TERAKHIR
Andai Ramadan 29 Hari maka maka malam ini sudah bermula 10 malam yang terakhir! Ini bermakna misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar akan bermula. Saidatina ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah ﷺ sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan.” Baginda bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan.” [Sahih al-Bukhari] Rasulullah ﷺ juga mengajarkan doa
-

SALAM TAKZIAH
Seluruh warga Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2026 bersamaan 19 Ramadan 1447H. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampuni segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang
-

SOLAT SUNAT & KHUTBAH GERHANA BULAN
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia menjemput seluruh warga UKM dan masyarakat untuk bersama-sama menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan serta mendengar Khutbah Khas pada hari ini. Selasa, 03 Mac 2026 / 14 Ramadan 1447H Selepas Solat Maghrib Masjid UKM Dipimpin oleh Ustaz Muhammad Khair Sujud Fenomena gerhana bulan adalah tanda kebesaran Allah SWT. Marilah kita menghayatinya
-

HEBAHAN RASMI PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MASJID UKM 1447H
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun ini boleh ditunaikan melalui Amil Zakat Fitrah Masjid UKM yang telah dilantik secara rasmi. Zakat fitrah hendaklah ditunaikan mengikut harga beras yang dimakan, sebagaimana kadar yang telah ditetapkan. Jom tunaikan Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan: RM8.00 (Beras Super Spesial Tempatan / Beras Putih Import) RM16.00
-

PELAWAAN MEMASAK BUBUR LAMBUK @ MASJID UKM
Pusat Islam UKM mempelawa warga kampus serta masyarakat yang berminat untuk memasak dan mengagihkan bubur lambuk di Masjid UKM. Gunakan kemudahan yang disediakan di Masjid UKM untuk menjayakan inisiatif agihan bubur lambuk anda bersama komuniti Anggaran kos: RM400.00 satu periuk (Perbelanjaan sendiri) Lokasi: Masjid UKM Untuk tempahan dan maklumat lanjut: 03-89214728 (Ust Haziq) Mari sama-sama
-

SUMBANGAN PEK NASI ARAB
BANGI, 25 Februari 2026, Alhamdulillah, pada petang ini Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima sumbangan sebanyak 520 pek Nasi Arab daripada Khadim al-Haramayn, Mohammed bin Salman Arab Saudi untuk diagihkan kepada seluruh jemaah masjid. Semoga sumbangan yang penuh keberkatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para jemaah serta menjadi asbab kebaikan dan ganjaran pahala
-

KEMPEN DERMA DARAH 2026
Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara menjemput seluruh warga UKM dan komuniti sekitar untuk bersama-sama menyertai kempen ini: 26 & 27 Februari 2026 Bas PDN di hadapan Pejabat Pusat Islam UKM 6.00 petang hingga 10.30 malam Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna buat pesakit yang memerlukan. Ayuh jadikan amalan menderma
-

JERAYAWARA ZAKAT UKM 2026 – FEBRURARI/26
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjemput seluruh warga UKM untuk hadir ke Jerayawara Zakat UKM 2026 bagi tujuan taksiran semula zakat pendapatan. Butiran Program: Isnin, 23 Februari 2026 10.00 pagi – 1.00 petang Lobi Blok E, KLL Jalan Raja Muda Perkhidmatan Disediakan: • Khidmat nasihat dan taksiran zakat pendapatan dan jenis zakat harta yang
-

SUMBANGAN KARPET MASJID ARAS BAWAH
Dengan izin Allah SWT, kutipan Karpet Masjid Aras Bawah sebanyak RM250,000 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para dermawan sekalian. Jazakumullahu khairan kathira atas keikhlasan dan sokongan tuan/puan. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah berpanjangan dan asbab keberkatan dalam kehidupan. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢, 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐩𝐞𝐭 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! Sasaran
-

PROGRAM BERBUKA PUASA RAMADAN MASJID UKM
Program Berbuka Puasa Ramadan anjuran Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini telah bermula dan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan sehingga hari ke-25 puasa. Sehubungan itu, seluruh warga UKM dan masyarakat sekitar dijemput hadir untuk bersama-sama berbuka puasa di Masjid UKM dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwwah. Program ini merupakan antara inisiatif dalam mengimarahkan bulan Ramadan

