DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman menghadap DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM di Istana Negeri Sembilan di Kuala Lumpur.
Antara perkara yang dirafak sembah kepada DYMM Tuanku Canselor adalah mengenai perkembangan dan pencapaian terkini UKM khasnya berkaitan dengan Konvokesyen UKM ke-51 yang akan berlangsung pada 25 sehingga 30 November 2023.
Turut hadir pada sesi tersebut adalah Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Hj Ghazali.