Times Higher Education Asia University Rankings 2025

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2025.

Lebih membanggakan, UKM kini diiktiraf sebagai Universiti Nombor 1 di Malaysia bagi Tonggak Pengajaran yang merupakan salah satu indikator penting terhadap kualiti pengajaran, pengalaman pembelajaran pelajar dan pembangunan tenaga akademik yang mampan.

Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi seluruh warga UKM sama ada pensyarah, penyelidik, pentadbir atau pelajar dalam menjadikan universiti ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang berteraskan nilai, lestari dan relevan di peringkat global.

Similar Posts