Lawatan Penanda Aras Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Pusat Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 21 Julai 2026 bagi membincangkan aspek Pengurusan Data Universiti. Sesi yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang ini menjadi platform strategik untuk kedua-dua institusi berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta membincangkan amalan terbaik dalam pengurusan data universiti.
Perbincangan memberi tumpuan kepada tadbir urus dan hala tuju pengurusan data universiti, strategi pelaksanaan bagi menyokong penarafan antarabangsa seperti Times Higher Education (THE) dan QS World University Rankings, serta mekanisme pelaporan dan penyelarasan data yang lebih cekap dan sistematik.
Delegasi UniMAP yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Tan Chye Lih turut dianggotai oleh Dr. Hamzah Abdul Hamid, En. Yusrizal Musanip dan Pn. Isma Irini Shafie. UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian delegasi UniMAP mengadakan lawatan ini. Diharapkan jalinan kerjasama strategik antara UKM dan UniMAP akan terus diperkukuh bagi meningkatkan kecemerlangan pengurusan data, memperkukuh reputasi akademik, serta mempertingkatkan daya saing kedua-dua universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

