Tahniah UKM kedudukan 301–325 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027
Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia!
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengorak langkah dalam arena pendidikan tinggi global apabila berjaya mencapai kedudukan 301–325 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027.
Pencapaian ini mencerminkan trajektori peningkatan UKM yang konsisten dalam THE World University Rankings sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan usaha berterusan seluruh warga UKM dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan impak universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selaras dengan aspirasi TEKAD57, UKM akan terus memperkukuh agenda strategik melalui pemerkasaan bakat, penyelidikan dan inovasi, pendigitalan, kelestarian serta pemasyarakatan ilmu.
Terus melangkah, terus berimpak berteraskan Iman, Ilmu dan Amal.


