Pelancaran Makmal Pengajaran Industri: Dronecubator – MakerXLab UKM

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan hadir melancarkan Makmal Pengajaran Industri: Dronecubator – MakerXLab UKM di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), pada 14 Februari 2023.
Makmal ini adalah salah satu inisiatif kolaborasi industri antara Futurise Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia bersama Pejabat MyRIVET Satelit @UKM. Program Dronecubator adalah satu ekosistem yang bertujuan untuk melatih bakat baharu dan memberi pendedahan tentang teknologi sukan dron dengan memfokuskan kepada penggunaan teknologi dron terkini.
Dalam program Dronecubator ini, terdapat dua komponen utama iaitu sebagai pusat kecemerlangan dalam pembangunan atlet, dan ruang reka dron (MakerXLab). Selain itu, satu kelab pelajar juga ditubuhkan bersempena dengan majlis pelancaran ini iaitu Drone and Futuristic Club (DFC) bagi menyokong aktiviti-aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti kelab ini telah dirancang bersama-sama dengan Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON). Penubuhan kelab ini adalah inisiatif Pejabat MyRIVET Satelit @UKM yang berfungsi untuk membuat pencarian bakat baharu dalam kalangan pelajar UKM.
Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Dekan FKAB, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Bendahari, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Pengarah MyRIVET, Prof. Dr. Jailani Md Yunos, Pengarah Futurise Sdn Bhd, Dr. Mohd Hafiz Ibrahim dan wakil dari rakan-rakan kolaborasi.
May be an image of 6 people, people standing and text that says "LIS PELANCARAN AL PENGAJARAN INDUSTRI: NECUBATOR- MAKERXLAB AKSADRON NEGARA JN FUTURISE FITUUSE"
May be an image of 11 people, people sitting, people standing and indoor
May be an image of 8 people, people standing and indoor
May be an image of 4 people and people standing