Kedudukan Subjek UKM dalam QS World University Rankings by Subject 2024

UKM menunjukkan kecemerlangan dengan kelima-lima bidang utama menunjukkan peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.
UKM telah mendapat skor bagi 29 subjek daripada 53 subjek yang disenaraikan. Subjek Data Science & Artificial Intelligence berada dalam kedudukan 100 teratas. Empat (4) subjek iaitu English Language & Literature, Theology, Divinity & Religious Studies, Sports-related Subjects dan Pharmacy & Pharmacology berada di kedudukan 150 teratas, manakala sebelas (11) subjek lain disenaraikan berada di kedudukan 200 teratas.
Empat (4) subjek baharu telah ditarafkan pada tahun ini iaitu Archaelogy, Sport-related Subjects, Data Science & Artificial Intelligence dan Agriculture & Forestry.
Tahniah UKM di atas pencapaian yang cemerlang tahun ini.

Similar Posts