Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

PROGRAM CITRA KENALI TUBUH ANDA (HISTOLOGY HACK)

Makmal Histologi, Fakulti Perubatan telah menjadi lokasi penganjuran Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) yang berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026. Program ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar yang dibimbing oleh pensyarah serta staf dari Jabatan Anatomi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan secara menyeluruh kepada proses penyediaan slaid histologi, bermula daripada peringkat grossing, pemprosesan tisu, sehinggalah kepada pemerhatian slaid menggunakan mikroskop. Pendedahan ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai penghasilan slaid histologi serta kepentingannya dalam bidang perubatan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan pengetahuan pelajar dalam bidang histologi, di samping memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal yang lebih bermakna.