Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Dewan Diseksi

Dewan diseksi merupakan satu dewan pembelajaran dan pengajaran subjek amali anatomi yang mampu menampung sehingga 80 orang pelajar pada satu masa.  Terletak di tingkat 1 Bangunan Praklinikal PPUKM, ianya dilengkapi dengan system audiovisual dan projektor. Terdapat 10 buah skrin LCD yang berfungsi menayangkan bahagian-bahagian tubuh manusia pada setiap kelas amali. Spesimen yang digunakan adalah spesimen basah, selain daripada spesimen plastinasi dan tulang rangka manusia. Bahan pengajaran lain seperti model acuan, ilustrasi gambar dan kotak X–ray juga disediakan bagi tujuan ini.

Secara tradisinya, pelajar-pelajar perubatan akan mendiseksi sendiri kadaver untuk melihat sendiri anggota tubuh atau organ yang merujuk kepada subjek yang dipelajari. Walaubagaimanapun kaedah ini tidak lagi digunapakai semenjak 30 tahun lepas disebabkan kekurangan kadaver yang diterima untuk tujuan tersebut. Buat masa ini, kadaver-kadaver yang digunakan telahpun didisek terlebih dahulu oleh staf jabatan sebelum bermula setiap sesi pembelajaran. Kaedah ini dilihat lebih baik untuk memulihara kadaver-kadaver yang masih ada di samping mengurangkan masa pelajar untuk mempelajari subjek-subjek yang diperlukan.

Di antara pelajar-pelajar yang menerima manfaat penggunaan spesimen ini adalah:

Pelajar Prasiswazah:

  1. Pelajar Ijazah Doktor Perubatan tahun 1 dan tahun 2
  2. Pelajar Ijazah Doktor Pergigian
  3. Pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
  4. Pelajar Program Sains Bioperubatan
  5. Pelajar Program Fisioterapi
  6. Pelajar Audiologi dan Sains Pertuturan
  7. Pelajar Diagnostik dan Pengimejan
  8. Pelajar Sains Forensik
  9. Pelajar Kejururawatan
  10. Pelajar Diploma Kejururawatan

 

Pelajar Pascasiswazah:

  1. Pelajar Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)
  2. Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Perubatan (Anatomi)
  3. Pelajar Ijazah Sarjana Surgeri dan Ortopedik
  4. Pelajar Ijazah Sarjana Program Ortodontik

Selain dari itu, kami juga mengadakan beberapa siri bengkel di sini. Di antara bengkel yang pernah dilakukan di sini adalah:

  1. Bengkel diseksi ‘flap’ oleh Jabatan Forensik, Hospital Besar Kuala Lumpur.
  2. Bengkel Pembuatan Spesimen Jar
  3. Bengkel Pengembalman.

Sesi pembelajaran yang dijalankan

Bengkel Pengembalman 2018

Untuk maklumat lanjut mengenai dewan diseksi ataupun penggunaan ruang, sila hubungi:

En. Shaiful Ridzwan Sapri

 03-9145 8642/8714
 srs9286@ukm.edu.my