Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bilik Penyimpanan Kadaver

Jabatan juga mempunyai bilik penyimpanan kadaver  antara yang terbaik di rantau ini. Menggunakan teknologi terbaru, kadaver-kadaver ini disimpan dalam larutan formalin di dalam tangki yang berada di bawah tanah. Terdapat sebanyak 6 tangki yang setiap satunya mampu memuatkan sehingga 6 kadaver pada satu-satu masa. Selain dari itu, bilik ini juga dilengkapi dengan penapisan udara berteknologi tinggi yang mampu menapis sebarang bahan kimia berwap dari dilepaskan ke alam sekitar. Terdapat juga bilik sejuk yang digunakan untuk menempatkan kadaver sebelum digunakan untuk tujuan pengajaran.

Kami juga menawarkan khidmat penyimpanan mayat bagi institusi pengajian tinggi di Malaysia dan badan-badan berkaitan untuk transit sementara sebelum digunapakai ditempat masing-masing. Sila rujuk juga bahagian Pengembalman dan Diseksi Kadaver di bawah menu Perkhidmatan untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bilik Penyimpanan Kadaver ataupun penggunaan ruang, sila hubungi:

En. Shaiful Ridzwan Sapri

 03-9145 8642/8714
 srs9286@ukm.edu.my