Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Makmal Histologi

Histologi yang juga dikenali sebagai anatomi mikroskopik merupakan satu cabang biologi yang mengkaji struktur mikro sel, tisu dan organ di bawah mikroskop.

Makmal Histologi jabatan terletak di tingkat 9 Bangunan Praklinikal PPUKM. Terdapat 2 makmal iaitu Makmal Histologi 5 dan 6 yang dilengkapi dengan peralatan khas untuk penyediaan slaid histologi. Antara peralatan yang terdapat di makmal Histologi adalah:

  • Mikrotom
  • Oven
  • Inkubator
  • Mikroskop
  • 'Tissue embedding centre’

Makmal ini berfungsi menyediakan slaid pembelajaran dan pengajaran untuk kelas amali Histologi mengikut modul yang telah ditetapkan. Slaid pembelajaran akan dibekalkan secara percuma kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan tahun 1 dan 2. Slaid yang dibekalkan adalah menepati piawaian mengikut modul yang telah ditetapkan. Selain dari itu, makmal ini juga berperanan sebagai pusat penyelidikan berkaitan tisu mikroskopik. Makmal ini telah menerima kunjungan dari penyelidik dan pelajar dari pelbagai peringkat dan latarbelakang penyelidikan dari peringkat prasiswazah dan pascasiswazah sama ada dari dalam Fakulti Perubatan UKM, fakulti-fakulti UKM mahupun dari luar universiti.

Di antara teknik pewarnaan rutin yang digunakan di Makmal Histologi adalah:

  1. Pewarnaan Hematoksilin Dan Eosin
  2. Pewarnaan Gordon Sweets
  3. Pewarnaan VVG
  4. Pewarnaan Masson Trichrome
  5. Pewarnaan PAS

Makmal kami juga mampu untuk menyediakan lain-lain teknik pewarnaan khas jika ada permintaan.

Selain dari itu, makmal ini juga menyediakan khidmat penyediaan slaid bagi institusi-institusi pengajian tempatan dan luar negara yang berminat. Sila rujuk di bahagian Penyediaan Slaid di bawah menu Perkhidmatan.

Contoh pewarnaan Hematoksilin Dan Eosin

 

Contoh pewarnaan Masson Trichrome

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pn. Noor Azlina Zukefli

 03-9145 8642
 noorazlina@ukm.edu.my