Muzium Anatomi
Muzium Anatomi terletak di tingkat 3 Bangunan Praklinikal, bersebelahan dengan perpustakaan pra-klinikal fakulti adalah sebahagian daripada muzium yang dikongsi bersama dengn Muzium Patologi. Muzium ini ditubuhkan sebagai salah satu usaha jabatan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping memupuk pembelajaran kendiri. Di antara koleksi spesimen yang dipamerkan adalah koleksi plastinasi dan spesimen jar. Untuk memudahkan pembelajaran, spesimen dipamerkan mengikut sistem tubuh badan bermula dari sistem tubuh secara keseluruhan, tangan, kaki, sistem respiratori, sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen dan lain-lain. Sebahagian daripada spesimen jar juga diwarnakan dan dilabel untuk memudahkan pelajar untuk mengenal pasti bahagian terbabit.
Secara umumnya muzium ini digunakan oleh:
- Pelajar Perubatan
- Pelajar Pergigian
- Pelajar Kejururawatan
- Pelajar Fakulti Sains Kesihatan
- Pelajar Master Anatomi
- Pelajar Master Pergigian
- Pelajar Master Surgeri
Lawatan akademik
Selain dari itu, muzium ini dibuka untuk tujuan lawatan akademik. Sila rujuk di bahagian Pakej Lawatan Muzium Anatomi di bawah menu Perkhidmatan.
Di antara pelawat-pelawat yang pernah mengunjungi Muzium Anatomi:
Penuntut Sukan & Rekreasi, Fakulti Pendidikan, UKM
Pelatih Pembantu Perubatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Seremban
Pelajar dari SMA Negeri 1, Dumai Riau, Indonesia

Untuk maklumat lanjut berkaitan Muzium ataupun pakej lawatan, sila hubungi:
Pn. Noor Azlina Zukefli
03-9145 8642
noorazlina@ukm.edu.my