Plastinasi adalah kaedah penyediaan spesimen biologi yang berguna untuk pembelajaran Anatomi. Ia merupakan proses yang melibatkan penggantian air dan lemak dalam tisu biologi dengan bahan polimer yang dikenali sebagai silikon. Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Gunther Von Hagen di Heidelberg, Jerman, pada tahun 1978. Spesimen yang telah menjalani proses plastinasi dikenali sebagai spesimen plastinasi. Spesimen ini menjadi keras seperti plastik tetapi masih mengekalkan struktur asalnya.
Kaedah ini memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan dengan mengurangkan kos penyelenggaraan dan membantu pelajar dengan meningkatkan kemudahan pembelajaran. Menyedari kelebihan proses plastinasi dan kekurangan kemudahan pengawetan di kebanyakan institusi, kami menawarkan perkhidmatan plastinasi kepada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang berminat untuk memelihara mayat mereka menggunakan kaedah ini. Kami menyediakan perkhidmatan plastinasi (seluruh tubuh) serta untuk bahagian tubuh atau organ dalaman. Kami juga menawarkan perkhidmatan pengawetan mayat sebelum plastinasi.
Sila berhubung dengan pegawai kami untuk mengetahui syarat dan terma yang telah ditetapkan.